RSS

AFTL Syncronizer Audio CD

AFTL Syncronizer Audio CD

AFTL Syncronizer CD
AFTL Syncronizer Audio CD - direkacipta khas bagi menyampaikan Tenaga VNP AFTL melalui deria pendengaran. Set CD ini terbahagi kepada dua (2) khusus untuk pelajar dan ahli perniagaan iaitu Student Syncronizer dan Business Syncronizer.

Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yang tersimpan banyaklah perkara-perkara
yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya, jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.

AFTL Syncronizer

AFTL Sync CD Set dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membina hologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arah WARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.

AFTL Student Syncronizer
AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang minda yang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang.
Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.

AFTL Business Syncronizer
Dunia Perniagaan, sentiasa memerlukan anggotanya berwawasan jauh untuk melancarkan perniagaan
AFTL BUSINESS SYNC berfungsi merubah minda pekerja menjadi lebih produktif, membuka minda pelanggan untuk lebih rasional membuat pembelian dan merubah aliran tenaga rezeki pemilik kepada yang lebih baik ke arah KEMAKMURAN PERNIAGAAN.




Cara Penggunaan AFTL Student atau Business Syncronizer


Persediaan Sebelum Menggunakan AFTL Student Syncronizer

  1. Tampalkan 1 keping stiker AFTL AuraCorrector di bahagian atas alat pemain cakera padat.
  2. Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.
  3. Berikan arahan otak untuk pembentukan sahsiah diri dan penjanaan tenaga untuk kecemerlangan dalam pelajaran.


Waktu Pendengaran

Waktu terbaik untuk mendengar Student-Syncronizer adalah selepas waktu Asar. Namun, dibolehkan juga didengar pada waktu-waktu lain mengikut kesesuaian aktiviti harian.

Cara Penggunaan

  • Boleh didengar menggunakan headphone atau secara terbuka dengan menggunakan 2 speaker yang diletakkan di kiri dan kanan.
  • Bagi penggunaan kali yang pertama, sebaik-baiknya dengar Student Syncronizer sebanyak 1 atau 2 kali sehari secara konsisten selama 40 hari berturut-turut.
  • Boleh dipasang di bilik belajar, tidur, atau di ruang terbuka.
  • Apabila digunakan di ruang terbuka, volume atau suara tidak perlu kuat, memadai sekadar ada bunyi kedengaran di speaker.

Kaedah 1 : Pendengaran Menggunakan Headphone
Cara 1
Didengar sambil mengulangkaji pelajaran.
Cara 2
Didengar sambil memejamkan mata, tenangkan fikiran, menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.






Kaedah 2 : Pendengaran di Ruang Terbuka
Speaker hendaklah di letakkan di sisi kanan dan kiri pengguna. Volume jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan.


Kaedah 3 : Pendengaran di dalam Kelas


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Produk Pembangunan Diri - Aura Nursalama

Aura Nursalama

Aura Nursalama

Aura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulih dan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untuk menarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistem bioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupan seharian.

Aura Nursalama

Nursalama bererti CAHAYA KESEJAHTERAAN. Telah disukat mengikut NISBAH INSAN. Mampu memberi cas-cas KESEIMBANGAN. Diperkasa pula dengan Teknologi VNP AFTL agar lebih berkesan.

Nursalama

Nursalama bermaksud ‘Cahaya Kesejahteraan’. Ia diolah, disukat mengikut ‘Nisbah Diri Insan’. Umpama bunga-bungaan yang DILIHAT pelbagai warna, bila DIHIDU pelbagai bau, bila DIRASA terhasil lazatnya, apabila DISENTUH bersama gemersik angina akan menghasilkan bunyian serta membuahkan inspirasi atau idea. Namun, Segala deria-deria ‘kita tidak akan berinteraksi’ sekiranya kita tidak memahami dan meyakininya, maka jadilah ia ‘umpama kera diberi bunga’.

Nursalama & Bunga

Bunga adalah satu penciptaan Maha Pencipta yang mana ia umpama DUTA kepada rantai makanan kehidupan. Tanpa KUASA yang diberi pada bunga-bungaan menarik kumbang, pendebungaan tidak berlaku. Jika tiada pendebungaan, tiadalah pembiakan tumbuh-tumbuhan dan seterusnya sistem rantai makanan kehidupan turut terjejas.

Nursalama & VNP AFTL


Kini Nursalama yang telah tersedia digabungjalin dengan sistem VNP AFTL yang berupaya memberi keseimbangan cas-cas positif dan cas-cas negatif.

Menurut Pengasas Aura NurSalama, Puan Hajah Salmah Hamsah, produk Aura Nursalama berbeza dengan produk aura lain yang kini banyak berada di pasaran. Dengan olahan menggunakan bahan semulajadi yang berdasarkan kejadian alam iaitu Nur, produk Aura Nursalama ini dihasilkan dengan gabungan yang cukup cantik dan berupaya mengeluarkan Tenaga VNP AFTL berwarna putih yang juga dipanggil ‘Electrical White Light’ yang tidak mudah diperolehi. Aura ‘Electrical White Light’ hanya dikeluarkan oleh gelombang otak individu yang istimewa.

Menurut Pakar Human Bioelektrik, individu ini mampu mengeksploitasi otak melebihi 15 %. Golongan ini terdiri daripada para aulia, penyembuh terkenal,saintis tersohor dan pemimpin-pemimpin bertaraf dunia. Setakat ini belum ada alat atau teknologi yang mampu menukar gelombang otak kepada Aura ‘Electrical White Light’ melainkan teknologi lebih pantas dari cahaya – Tenaga VNP AFTL.

Nursalama & Keberkesanannya

  • Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.
  • Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.
  • Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.
  • Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.
  • Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.
  • Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.

Cara Penggunaan Aura Nursalama


Cara 1 : Mandian Harian (Sebagai Bilasan Terakhir)

  1. Titiskan 7 titis Aura Nursalama ke dalam bekas air mandian berserta dengan kata-kata positif.
  2. Dengan mengikut tertib, jirus air perlahan-lahan dari bahagian atas kepala, kemudian dihalakan ke anggota badan sebelah kanan dan seterusnya ke anggota badan sebelah kiri.


Cara 2 : Mandian Ais (Berendam)

  1. Persediaan
      • 1 beg besar ais, 1 sudu kapur makan, 1 sudu belerang (jika ada masalah spiritual), garam (nisbah 1 kg garam: 10 kg berat badan), Aura Nursalama.
      • Masukkan garam dan belerang ke dalam tab mandi yang sudah berisi air dan titiskan sebanyak 7 titis Aura Nursalama berserta kata-kata positif.
  2. 10 Minit Pertama
      • Rendamkan diri dalam tab mandi, ratakan dan gosokkan garam ke seluruh badan.
      • Ambil 1 sudu kapur makan, ratakan dan gosokkan ia ke seluruh badan.
  3. 10 Minit Kedua
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan ais ke dalam tab mandi sedikit demi sedikit sehingga sesedap rasa pengguna sambil meratakan air ke seluruh badan.
  4. 10 Minit Ketiga
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan lagi ais sedikit demi sedikit sambil meratakan air ke seluruh badan.Bilas dengan air bersih setelah selesai.

Cara 3 : Titisan di Tapak Tangan

  1. Titiskan 1 titis Aura Nursalama di tapak tangan berserta dengan kata-kata positif.
  2. Ratakan ia dan tangkupkan tangan ke wajah. Kemudian, fokus pada niat yang dihajati, hirup dalam-dalam Aura Nursalama dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.
  3. Seterusnya, dengan mengikut tertib, sapukan ia bermula dari bahagian wajah, kepala atau ubun-ubun, pergelangan tangan dan seterusnya ke bahagian kaki.
  4. Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi atau selepas berwudhuk.

Cara 4 : Sapuan di Sekeliling Tempat Bermasalah

  1. Dengan menggunakan tiub penyedut Aura Nursalama, sapukan ia ke sekeliling tempat yang bermasalah dengan mengikut arah lawan jam.
  2. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan anggota yang bermasalah seperti kudis, ruam, kutil, ketumbuhan dan sebagainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Produk Pembangunan Diri - AuraCorrector Sticker

AuraCorrector Sticker

AuraCorrector Sticker

AFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini seperti memori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.



Aliran Tenaga Tubuh

Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTL AuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yang segar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL Technology Sdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal 5% - 10% kepada melebihi 10%.

Apabila ini berlaku otak akan menjadi tenang dan pergerakan aliran otak menjadi laju dan berupaya mempengaruhi keseluruhan sistem bioelektrik tubuh sehingga menjadi “super conductor” yang terus menerus akan menerima pancaran tenaga hayat. Keadaan begini boleh mengubah aliran tenaga hayat tubuh dari keadaan biasa yang mendatar kepada aliran tenaga yang menegak.

Secara fiziknya apabila aliran tenaga telah bertukar kepada menegak, interaksi antara hati dan minda menjadi laju dan serentak dengan itu keupayaan penjanaan idea meningkat dengan pantas.

Testimoni AuraCorrector Sticker


Stress dan sikap malas hilang!!!

Noor Hidayah Binti Mohd Nizam, Teluk Intan, Perak

Saya amat berterima kasih kepada AFTL Technology. Sejak menggunakan GeniusXtra dan Auracorrector banyak perubahan berlaku pada diri saya. Sebelum ini saya amat stress dan malas untuk mengulangkaji pelajaran dan prestasi pelajaran juga semakin merosot. Selepas menggunakan produk-produk ini, saya semakin berminat untuk belajar dan stress juga tiada lagi. Hilang perasaan malas dan prestasi pelajaran juga semakin meningkat terutama di dalam subjek matematik dan sains. Saya juga berasa lebih ceria dan tenang.

Sangat berpuas hati dengan penggunaan produk Aftl Technology

Puan Ayu, Kampung Teluk Kepayang, Teluk Intan

Saya Ayu dari kampung Teluk Kepayang, Teluk Intan seorang suri rumah, ingin berkongsi dengan pengguna bahawa anak lelaki saya yang belajar di tahun 5 lebih berminat untuk belajar. Keputusan peperiksaan juga semakin meningkat. Begitu juga dengan anak kedua saya yang belajar di tahun 1, perestasi pelajarannya juga semakin meningkat. Sebelum ini prestasi pelajaran anak saya kurang memuaskan. Selain itu juga, saya semakin senang untuk menguruskan anak bongsu saya yang berumur 4 tahun. Terima kasih saya ucapkan kepada AFTL Technology. Saya amat berpuas hati dengan penggunaan GeniusXtra dan Aura Corrector. Saya tidak akan beralih kepada produk lain. Terima kasih.

”WANG AJAIB” di dalam akaun

En. Noor Azimal Azizi Bin Ismail, Sri Manjung, Perak

Pelik tetapi benar selepas seminggu saya bermunajat sambil menggunakan Sticker AFTL saya menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali meminta saya menghantar no akaun bank beliau melalui SMS. Saya segera menghantar SMS no akaun yang dikehendaki. Tiga hari kemudian saya terperanjat besar bila memeriksa akaun Maybank saya kerana mendapati baki akaun beliau meningkat menjadi melebihi RM 2000. Saya mundar-mandir selama 10 minit di hadapan bank berkenaan kerana terlalu pelik sehingga saya tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan WANG AJAIB tersebut. Dipendekkan cerita setelah sebulan kemudiannya saya mendapat lagi WANG AJAIB baru didalam bank akaun yang sama berjumlah RM 180.

Mencapai titik ketenangan

Pn. Aisyah Bt Abdul Gaffoor, Ampang

Alhamdulillah, setelah menjalani terapi AFTL HolloTunnel & mengamalkan penggunaan AFTL AuraCorrector & Aura Nursalama, saya dapati rezeki saya meningkat, jiwa saya lebih tenang, dan kehidupan saya sekeluarga telah berubah.

Orang ramai dan kawan-kawan yang saya berurusan juga amat mudah dalam memberi kerjasama dalam urusan perniagaan. Kalau dahulu saya rasa semua urusan payah kini semua dapat berjalan seolah-olah seperti mengikut kemahuan dan kehendak saya.

Di samping itu, anak perempuan saya, pelajar dari UiTM, telah berjaya mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan setelah menggunakan AFTL Student Syncronizer. Sungguh bersyukur saya ke hadzrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Teknologi AFTL serta canggih ini.

Lebih Yakin, Bertenaga, Kreatif & Produktif

Pn. Hindun Bt Abu Bakar, Guru, Sri Manjung, Perak

Saya adalah pengguna setia produk AFTL, selama saya menggunakan produk-produk AFTL telah banyak perubahan berlaku dalam hidup saya, yang paling ketara jiwa saya semakin tenang dan potensi diri saya setiap hari semangkin menyerlah. Banyak perkara yang sebelum ini saya buntu atau belum dapat saya laksanakan.

Saya berasa lebih tenang, lebih berkeyakinan, bertenaga, lebih kreatif dan produktif dalam menjalani tugas sebagai seorang guru. Benarlah Sticker AFTL AuraCorrector dan Aura NurSalama mampu membersihkan hati dan meningkatkan keupayaan potensi diri saya.

Sebuah peristiwa lucu telah berlaku dalam hidup saya, suatu hari sedang saya membeli belah di pasaraya. Terlintas dalam fikiran alangkah bagusnya jika saya sekeluarga dapat pergi bercuti di tempat yang menaraik, belum habis saya melayan fikiran tersebut tiba-tiba saya didatangi oleh seorang jurujual yang meminta saya mengisi borang peraduan, saya enggan pada mulanya dan rupa-rupanya ia hanyalah sebuah pertandingan merekacipta tandatangan paling cantik dan kreatif. Tanpa diduga panggilan telefon yang saya terima pada hari keesokannya itu adalah pangilan yang telah menjadikan impian saya menjadi kenyataan.

Saya telah memenangi pertandingan yang saya masuki pada hari sebelumnya dan mendapat tawaran pakej mewah bercuti sekeluarga di hotel 5 bintang. Tersenyum puas saya ketika itu, Benarlah apa yang Dr. Mohd Yusoff Hussin beritahu saya sebelum ini, tenaga AFTL jika digunakan kelajuannya lebih pantas dari cahaya yang sesuai dengan namanya Alhayat Faster Than Light Technology.

Di samping itu, saya juga menggalakkan anak saya untuk mendengar AFTL Student Syncronizer, dan terbaru menggalakkannya untuk mengamalkan pemakanan formula minda terbaru AFTL iaitu GeniusXtra. Kini anak saya telah berjaya mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran Matematik yang dihadapinya sebelum ini.

Perniagaan berkembang & bebas dari masalah

En. Said Jamalulai, Chemor, Perak

Dahulu saya rencam, fikiran selalu runsing dengan pelbagai masalah kehidupan. Namun sejak menggunakan AuraCorrector dan Aura NurSalama kehidupan saya menjadi semangkin baik, fikiran saya fokus, minda saya laju, idea saya banyak dan yang menyeronokkan hidup saya tenang, rezeki saya semakin bertambah, perniagaan semakin maju dan tidak pernah putus wang. Malah projek BESAR yang sebelum ini agak sukar untuk diperolehi kini menjadi “mudah” untuk saya perolehi.

Perubahan dari segi kerohanian, emosi dan spiritual telah mula saya rasakan sekarang. Begitu juga kekeluargaan menjadi lebih harmoni. Pandangan hidup semakin jelas . AFTL tentunya sangat relevan bagi pencari ketenangan.

Wajah sentiasa berseri-seri & hidup ceria

Pn. Hjh. Sarasiah Abd. Hamid, Batu Bahat, Johor

Saya mengalami masalah sengugut yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil cuti setiap kali datang bulan. Alhamdulilah selepas sebulan menggunakan AFTL AuraCorrector dan Aura Nursalama penyakit sengugut pulih sepenuhnya.

Bukan itu sahaja malah banyak manfaat yang saya perolehi selepas menggunakan produk AFTL terutamanya Aura Nursalama. Setiap pagi saya akan menyemburkan Aura Nursalama yang telah dicampurkan di dalam air ke muka sebanyak 3 kali sehari. Kesannya, saya sentiasa berasa tidak mengantuk di tempat kerja malah mood saya sepanjang hari menjadi baik, suasana kerja menjadi lebih harmoni malah semua masalah yang timbul dapat saya tangani dengan fikiran waras dan rasional.

Itulah sebabnya ramai rakan di tempat kerja menjadi hairan dan menegur bagaimana saya boleh tersenyum dan kelihatan riang malah tampak berseri-seri, walau pelbagai beban tugas saya pikul setiap hari.

Masalah senggugut pulih sepenuhnya

Pn. Sarasiah, Air Hitam, Johor

Saya mengalami masalah sengugut yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil cuti setiap kali sakit. Alhamdulilah selepas sebulan menggunakan AFTL AuraCorrector dan Aura NurSalama penyakit sengugut pulih sepenuhnya.

Hasrat termakbul selepas menggunakan Produk AFTL

Pn. Adila Bt. Endut, Batu Gajah,Perak

Sejak 6 tahun lalu saya telah menyimpan hasrat untuk menjual salah satu rumah yang saya beli sebelum ini, namun hasrat saya selama 6 tahun itu belum kesampaian. Semakin lama saya semakin risau dengan keadaan rumah saya itu kerana semakin banyak yang rosak. Maklum saja saya tinggal di Batu Gajah Perak dan rumah yang hendak saya jual tu ada di Kedah, sebab itulah rumah itu terbiar lama.

Suatu hari saya telah diperkenalkan dengan produk Aura NurSalama dan Aura Corrector oleh rakan sekerja saya. Semasa membeli produk tu memang saya ada menyatakan hasrat saya untuk menjual rumah saya tu, lalu saya di ajarkan bagaimana cara berdoa dan berniat semasa menggunakan Aura NurSalama dan Aura Corrector tersebut.

Kuasa Tuhan, selang beberapa hari saya mendapat panggilan, orang tu kata nak beli rumah saya. Antara percaya dan tidak, apabila cuti sekolah, saya pun pergi berjumpa dengan orang tersebut. Sebaik berbincang dengan ringkas dan mudah, tercapailah hasrat saya untuk menjual rumah tersebut. Saya sungguh rasa hairan kerana selama 6 tahun saya berusaha menjual rumah tersebut tidak berhasil, dengan teknik menggunaka Aura NurSalama dan AuraCorrector yang diajarkan oleh rakan saya tu, urusan jual beli rumah saya jadi mudah. Bukan itu sahaja, hasrat saya untuk mengambil deposit 10% tunai pun berlaku dengan mudah. Saya bersyukur kerana diperkenalkan dengan Produk AFTL Technology ini, kini saya sekeluarga menggunakannya lebih-lebih lagi suami saya, kerana dia merasa tidak lagi stress ditempat kerja dan perasaan segar dan ceria yang selama ini dia cari dalam suasana kerja telah berjaya di temui.

Perubahan yang amat positif!

Nur Fareena Binti Mohd Razib, Kota Kinabalu

Assalamualaikum Doktor Yusuf, saya pengguna Stiker, Aura Salama dan GeniusXtra dapat merasakan perubahan yang positif dari malas menunaikan solat kepada tidak payah di suruh. Saya juga mempunyai kekuatan untuk meluahkan pendapat dan menjadi lebih berkeyakinan.

Lumpuh dan darah tinggi kini sudah tiada lagi

Encik Harun, Shah Alam, Selangor

Encik Harun dari Shah Alam sebelum ini mengalami masalah lumpuh dan darah tinggi yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak. Apabila diperkenalkan produk GeniusXtra dan menjalani terapi serta urutan yang dilakukan dengan mengguna Aura Corrector, Aura Nursalama dan SPPAO, alhamdulillah kini beliau telah mula dapat bergerak dan bertenaga. Beliau juga telah boleh bercakap semula walaupun secara perlahan-lahan. Isterinya juga sentiasa rasa bertenaga setelah mencuba GeniusXtra.

Pelajar keracunan spiritual ‘santau’ selama 4 bulan sembuh dan kembali ke sekolah

Nik Hafizuddin, pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Yik, Kelantan

Nik Hafizuddin, pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Yik di Kelantan telah mengalami keracunan spiritual ‘santau’ selama 4 bulan dan tidak ke sekolah selama tempoh tersebut. Setelah diperkenalkan GeniusXtra dan Sticker Aura Corrector dan mengamalkannya serta berkat solat hajat dan doanya pada Allah selama sebulan, alhamdulillah dia telah mula beransur sembuh dan mula kembali ke sekolah dan meneruskan sesi pembelajaran dengan baik.

Keharmonian rumah tangga lebih terserlah dengan penggunaan Aura Corrector

Muhammad Tamizi Ja’far, Cabang Tiga, Kuala Terengganu

Saya telah mencuba menggunakan Aura Corrector setelah mengikuti kursus AFTL kali ketiga. Saya telah menampalkan pelekat tersebut di sekeliling rumah saya dan hasilnya amat menakjubkan. Perubahan emosi saya dan keluarga sangat ketara kerana kami dapat mengawal perasaan kami walaupun ketika berada dalam suasana yang tertekan. Suasana yang tenang sentiasa wujud dalam rumah dan menimbulkan suasana yang harmoni. Anak-anak saya juga menjadi lebih menurut kata dan rajin. Kegiatan dalam dan luar rumah menjadi lebih teratur. Apabila saya keluar, perasaan ingin pulang segera setelah selesai melakukan tugas selalu timbul dalam diri saya. Semoga keluarga saya menjadi keluarga bahagia, Insya Allah. Terima kasih AFTL.

Produk-produk AFTL membantu pesakit kanser

Pn. Rodziah, Pulau Pinang

Puan Rodziah telah yang mengalami kanser sum-sum tulang 2 tahun lamanya. Tompokan kanser yang besar yang terdapat di dalam tulang belakang telah menyebabkan beliau lumpuh seluruh badan. Sepanjang 2 tahun tiada ubat yang dapat diberikan kepada beliau kecuali morfin untuk menahan kesakitan. Selepas dijelaskan mengenai kebaikan dan cara penggunaan Aura Nursalama, AFTL SPPAO dan AFTL AuraCorrector, beliau mula mengamalkannya.

Selepas hari pertama, sudah ada perubahan pada diri beliau. Tangan kirinya sudah boleh diangkat sehingga boleh mengusap muka. Masalah buang air besar sudah tiada. Warna air kencing yang berwarna kuning tua telah semakin jernih. Kepanasan badannya menurun dan mula rasa sejuk serta sudah mula kerap berpeluh. Atas keberkesanan, beliau terus mengamalkan menggunaan produk-produk AFTL sehingga sekarang.

Cara Penggunaan AFTL AuraCorrector

Penggunaan AFTL AuraCorrector pada Tubuh

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 4 keping AFTL AuraCorrector. 2 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 7 hari yang pertama dan 2 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-7, selama tempoh maksima 1 bulan. Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 7 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersih, dicuci dan dirawat tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-7 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Tampalkan 1 keping AFTL AuraCorrector di bahagian bonggol pada belakang tengkuk dan 1 keping lagi di dada.

Alternatif: Bagi lelaki bersongkok, AFTL AuraCorrector boleh dilekatkan di bahagian dalaman songkok. Untuk kepingan yang ke-2, tanpa perlu menanggalkan stiker, gunting dan masukkan sahaja ke dalam poket baju. Bagi wanita bertudung, AFTL AuraCorrector boleh diselitkan ke dalam anak tudung pada bahagian atas ubun-ubun. Untuk kepingan yang ke-2, seperti lelaki, selitkan sahaja ke dalam anak baju.

  • Tempoh minima pemakaian pada tubuh adalah selama 8 jam sehari.
  • AFTL AuraCorrector boleh diselitkan di bawah bantal semasa waktu tidur.
  • Dilarang berkongsi AFTL AuraCorrector dengan orang lain.
  • Tempoh maksima bagi pemakaian ‘set penjanaan’ adalah selama 1 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku.
  • AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.

Penggunaan AFTL AuraCorrector di Rumah/Premis

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 8 keping AFTL AuraCorrector. 4 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 14 hari yang dan 4 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-14, selama tempoh maksima 3 bulan.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 14 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersihkan, dicuci dan dirawat tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-14 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Lihat gambarah di bawah untuk kaedah penampalan di rumah/premis. Tempoh maksima bagi penggunaan ‘set penjanaan’ adalah selama 3 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku. AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.


Penggunaan AFTL AuraCorrector di Lain-Lain Tempat

  1. Persediaan Diri
    Memerlukan sekurang-kurangnya 1 keping AFTL AuraCorrector, atau mengikut kesesuaian permukaan barangan tersebut.Semakin banyak bilangan AFTL AuraCorrector yang digunakan, semakin banyak tenaga yang dijanakan oleh AFTL AuraCorrector.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak
    Semasa hendak menampal AFTL AuraCorrector, berikan arahan otak agar dioptimumkan/diharmonikan tenaga pada barangan tersebut.

  3. Contoh

  • Bekas Minuman: Berikan arahan otak agar dipertenagakan air minuman tersebut.
  • Beg Duit: Berikan arahan otak agar diharmonikan tenaga rezeki atau aliran kewangan pengguna.
  • Kenderaan: Berikan arahan otak untuk tujuan keselamatan pada kenderaan.

Antara Kepelbagaian Penggunaan AFTL AuraCorrector

  • Tag ID Pelajar: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan dan sebagainya.
  • Meja Belajar/Meja Kerja: Lebih fokus, tenang, menyerap tenaga tidak harmoni, berkarisma, kreativiti dan sebagainya.
  • Kenderaan: Lebih fokus, tenang, tidak panik, keselamatan dan keselesaan semasa pemanduan.
  • Ubat: Mengoptimumkan tenaga rawatan pada ubat tersebut.
  • Meter Elektrik: Keseimbangan tenaga elektrik.
  • Katil (ditampal pada 4 penjuru katil/disusun di bawah tilam): Membantu merawat masalah kesihatan, mendapatkan tidur yang berkualiti, kesegaran tubuh dan rohani dan sebagainya.
  • Songkok: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan, membuang kerunsingan atau stress dan sebagainya.


Nota

AFTL AuraCorrector hanyalah sebagai medium penerimaan tenaga yang disampaikan oleh sistem unik hak milik AFTL Technology Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, segala ilmu itu adalah HAK MILIK Sang Maha Pencipta. Maka, janganlah kita lupa kembali dan berharap kepada-Nya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GeniusXtra GXTRA

Produk Pembangunan Diri - GeniusXtra GXTRA

GeniusXtra GXTRA

GeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTL dipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa. Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajam ingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semua peringkat usia.


GeniusXtra GXTRA


Kebaikan GXTRA

Bersahsiah insan, tenang, fokus, berkeyakinan, penghasil pembelajaran berkesan, cemerlang akademik, pencapai wawasan pendidikan (JERIS). - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sahsiah yang seimbang, mudah direalisasikan!

GXTRA / GeniusXtra versi baru telah dinaik-taraf dan diperkasa dengan 300 formula tenaga VNP (VNP energy) berbanding GeniusXtra versi lama yang dipertenaga dengan 5 formula tenaga VNP. Fungsinya adalah sebagai nilai tambah pada air minuman.

Penghayatan Teknologi VNP AFTL menghasilkan bioelektrik tambahan berserta getaran ketenangan yang menjadikan Minda Laju memproses data, mengingat & mengimbas kembali maklumat yang diperolehi dengan pantas kerana:

  • Tenaga Hayat tubuh meningkat sehingga memperbaiki fungsi otak daripada normal 5% – 10% kepada lebih 10%. Lebih tenaga untuk berfikir, lebih terbuka pemikiran dan lebih berketerampilan.
  • Memperbetul dan memperkuat “Laluan Bioelktrik Tubuh” daripada mendatar kepada menegak, satu keadaan di mana secara fizikalnya, “Tenaga Terangkat ke atas”, hati, minda, komunikasi, pendengaran, penglihatan dan sistem saraf tubuh menjadi selaras dan selari, harmoni, tepat dan laju.
  • VNP AFTL - tenaga “hening” yang “menstabil” semua keadaan.

Keberkesanan GXTRA

  • Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.
  • Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.
  • Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.
  • Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.
  • Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.
  • Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.

GXTRA Chewable Glucose

GXTRA Chewable Glucose

Mula berada di pasaran sejak awal Jun 2011. Diproses di kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - KKM (Ministry of Health Malaysia), di bawah akta makanan, Ruj : (73)dlm.KKM-163/S/25 Jld.126.

GXTRA diperbuat daripada 100% glukosa tulin (tanpa campuran mana-mana bahan lain), dan diperkasa dengan 300 formula tenaga VNP AFTL.

Isi kandungan Sebotol: 180 tablet x 100mg. Harga Sebotol: RM39.00 (WM) / RM42.00 (EM)

Rekod Kejayaan


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar, Tronoh, Perak (2010)

Pada tahun 2010,

AFTL turut membantu calon SPM melalui Projek Harapan Lulus (HALUS) yang juga diaplikasikan kepada calon SPM di SMK Seri Iskandar.

  • Hasilnya, pencapaian subjek yang mendapat gred A bertambah.
  • Khususnya kepada calon aliran MPV, yang mana ia sesuatu yang amat jarang berlaku.
  • Pencapaian kelulusan 99.4 % SPM bagi tahun 2010 pula adalah sesuatu yang amat membanggakan.


Berikut adalah Surat Penghargaan daripada sekolah tersebut kepada AFTL:

Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak (2010)

Pada Julai 2010,

Pihak AFTL telah menghadiahkan CD STUDENT SYNC kepada SK Sg. Batu. Sebanyak 12 set CD yang berharga RM19,200.00 telah diserahkan kepada SK Sg. Batu agar dapat membantu murid-murid memaksimumkan kecemerlangan mereka.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar, Tronoh, Perak (2009)

Pada tahun 2009,

AFTL telah membantu sebuah kelas di SMK Sri Iskandar melalui Program Halus Cemerlang untuk membantu mereka yang lemah agar melepasi tahap lulus dalam semua subjek bagi peperiksaan PMR.

  • Antara pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan CD Student Sync dan GeniusXtra.
  • AFTL telah memulakan projeknya hanya 2 minggu sebelum mereka menduduki peperiksaan PMR.
  • Amat memeranjatkan apabila 84.1% telah dicapai daripada 42 orang murid telah lulus.
  • Peningkatannya adalah sebanyak 12 kali ganda!

Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Batu Pahat, Johor (2009)

Pada tahun 2009,

SK Pintas Raya dianugerahi Anugerah Kecemerlangan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dan Anugerah Kecemerlangan Peningkatan Peratus, GPS dan bilangan calon 5A daripada Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.

Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak (2009)

Pada Mac 2009,

AFTL sekali lagi menguji cuba ke atas para pelajar Tahun 6 sesi 2009 di SK Sg. Batu dengan menggunakan produk terbaru AFTL, makanan minda GENIUSXTRA MIND & SOUL.



Gambar : Pelancaran GeniusXtra di SK Sg Batu, 12 Mac 2009

Pada November 2009,

Dengan menggunakan produk AFTL iaitu GENIUSXTRA MIND & SOUL, SK Sg. Batu telah mencapai peningkatan dari segi akademik dan kokurikulum.

  • Calon UPSR yang mendapat 5A telah meningkat daripada 5 orang pada tahun 2008 kepada 10 orang pada tahun 2009.
  • Dari segi kokurikulum pula, Nurul Syafiqah telah menjadi Naib Johan dalam Silat Olahraga Perempuan Peringkat Kebangsaan 2009.

Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Batu Pahat, Johor (2008)

Pada tahun 2008,

SK Pintas Raya mendapat sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Johor kerana mencapai ETR (Expected Targeted Result) yang telah ditetapkan.

Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Batu Pahat, Johor (2007)

Pada tahun 2007,

AFTL menggunakan cara yang sama terhadap pelajar Tahun 6 (UPSR) daripada Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Batu Pahat, Johor, dan berjaya membantu meningkatkan prestasi keseluruhan UPSR pada tahun tersebut.



Gambar : Dr Mohd Yusoff & Pn Hajah Salmah bersama Guru & Pelajar Tahun 6 SK Pintas Raya, 29 Apr 2007


Gambar : Penyampaian hadiah oleh Guru Besar


Berikut adalah Surat Penghargaan daripada sekolah tersebut kepada AFTL:


Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak (2006)

Pada penghujung tahun 2006,

AFTL Technology Sdn Bhd telah menguji cuba penggunaan produk AFTL di sebuah sekolah luar bandar, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak.

Uji cuba itu dilakukan dengan menggunakan AFTL AuraCorrector Sticker yang dipakaiguna oleh para pelajar sendiri, air minuman, dan pemasangan CD Audio AFTL Student Sync di kelas.

  • Dalam masa 3 bulan sahaja, hasilnya seramai 40 daripada 44 orang pelajar (berumur 7 tahun) dari Program KIA2M yang mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira telah lulus peperiksaan. (Kejayaan 90%)
  • Manakala kesemua 12 orang pelajar (berumur 8 tahun) dalam PET Tahap 1, juga lulus dalam peperiksaan dalam rangka masa yang sama. (Kejayaan 100%)


Gambar : Cikgu Jamilah bersama Pelajar KIA2M SK Sg Batu, 20 Jul 2006


Berikut adalah Surat Penghargaan daripada sekolah tersebut kepada AFTL:

Rekod Kejayaan AFTL 2006

Cara Pengambilan

Disyorkan bagi permulaan pengambilan GXTRA, pada 3 hari yang pertama, untuk kesan lebih baik, ambil 1.5 liter air mineral, masukkan 4 hingga 21 biji GXTRA dan dibiarkan larut selama 8 jam. Kemudian baru diminum. Air tersebur perlu dihabiskan dalam masa 1 hari. Pada hari ke-4 boleh diteruskan cara minum atau boleh dimakan cara hisap atau kunyah.

Tiada Pantang Larang. GeniusXtra diperbuat daripada 100% sukrosa manakala GXTRA diperbuat daripada 100% glukosa, tanpa campuran mana-mana bahan lain. Boleh diminum bersama-sama dengan minuman lain.

Cara Penggunaan GeniusXtra / GXTRA


  1. Bagi pengguna yang baru pertama kali mengambil GeniusXtra / GXTRA, ambil 4 - 21 biji dan larutkan ke dalam air mineral 1.5 liter.

  2. Semasa melarutkan GeniusXtra / GXTRA, niatkan dengan kata-kata positif bersesuaian dengan hajat yang diinginkan.

  3. Minum air tersebut sehingga habis dalam tempoh 24 jam. Air tersebut boleh juga dikongsi bersama sehingga ke 3 orang.

  4. Ulangi langkah 1 - 3 untuk 3 hari berturut-turut. Untuk hari ke-4, boleh dimakan secara hisap atau kunyah mengikut aturan seperti rajah aturan di bawah.

  5. Perhatian - Biarkan air yang telah dilarutkan dengan GeniusXtra / GXTRA pada suhu bilik. Jangan disimpan di dalam peti sejuk.


Untuk Kesan Maksima

Gantikan cara pemakanan dengan melarutkan GeniusXtra / GXTRA ke dalam air.

Contoh

Usia 21 tahun, 4 biji 2 x sehari = 8 biji.

Larutkan 8 biji ke dalam air (kuantiti mengikut kesesuaian pengguna) & minum sepanjang hari sehingga habis.


DAPATKAN SEGERA produk minda GeniusXTRA – GXTRA Mind & Soul ini dengan kami dengan membuat pembelian secara online di www.mindagxtra.com

Kami tawarkan BONUS ISTIMEWA bagi pembelian secara pek iaitu 1 PEK = 4 BOTOL dimana kami sediakan 7 BONUS yang menarik berupa koleksi ebook antaranya :-

1. Rahsia Otak Cerdas - RM 30

2. Kerjaya Lepasan SPM (Laporan Ringkas) - Percuma

3. Develop Your Financial IQ – RM 30

4. How To Build Self Esteem – RM 30

5. Law Of Attraction – RM 30

6. Health & Wealth Magnetism – RM 30

7. How To Improve Your Memory – RM 30

Dapatkan kesemua BONUS HEBAT yang bernilai RM 180 ini hanya dari kami di www.mindagxtra.com

BUAT PESANAN SEKARANG



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Itu Pembangunan Diri

Apa itu sebenarnya pembangunan diri yang sering kedengaran di media massa, seminar, buku dan lain-lain tempat. Biasanya pembangunan diri sering dikaitkan dengan motivasi diri untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS