RSS

Produk Pembangunan Diri - Aura Nursalama

Aura Nursalama

Aura Nursalama

Aura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulih dan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untuk menarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistem bioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupan seharian.

Aura Nursalama

Nursalama bererti CAHAYA KESEJAHTERAAN. Telah disukat mengikut NISBAH INSAN. Mampu memberi cas-cas KESEIMBANGAN. Diperkasa pula dengan Teknologi VNP AFTL agar lebih berkesan.

Nursalama

Nursalama bermaksud ‘Cahaya Kesejahteraan’. Ia diolah, disukat mengikut ‘Nisbah Diri Insan’. Umpama bunga-bungaan yang DILIHAT pelbagai warna, bila DIHIDU pelbagai bau, bila DIRASA terhasil lazatnya, apabila DISENTUH bersama gemersik angina akan menghasilkan bunyian serta membuahkan inspirasi atau idea. Namun, Segala deria-deria ‘kita tidak akan berinteraksi’ sekiranya kita tidak memahami dan meyakininya, maka jadilah ia ‘umpama kera diberi bunga’.

Nursalama & Bunga

Bunga adalah satu penciptaan Maha Pencipta yang mana ia umpama DUTA kepada rantai makanan kehidupan. Tanpa KUASA yang diberi pada bunga-bungaan menarik kumbang, pendebungaan tidak berlaku. Jika tiada pendebungaan, tiadalah pembiakan tumbuh-tumbuhan dan seterusnya sistem rantai makanan kehidupan turut terjejas.

Nursalama & VNP AFTL


Kini Nursalama yang telah tersedia digabungjalin dengan sistem VNP AFTL yang berupaya memberi keseimbangan cas-cas positif dan cas-cas negatif.

Menurut Pengasas Aura NurSalama, Puan Hajah Salmah Hamsah, produk Aura Nursalama berbeza dengan produk aura lain yang kini banyak berada di pasaran. Dengan olahan menggunakan bahan semulajadi yang berdasarkan kejadian alam iaitu Nur, produk Aura Nursalama ini dihasilkan dengan gabungan yang cukup cantik dan berupaya mengeluarkan Tenaga VNP AFTL berwarna putih yang juga dipanggil ‘Electrical White Light’ yang tidak mudah diperolehi. Aura ‘Electrical White Light’ hanya dikeluarkan oleh gelombang otak individu yang istimewa.

Menurut Pakar Human Bioelektrik, individu ini mampu mengeksploitasi otak melebihi 15 %. Golongan ini terdiri daripada para aulia, penyembuh terkenal,saintis tersohor dan pemimpin-pemimpin bertaraf dunia. Setakat ini belum ada alat atau teknologi yang mampu menukar gelombang otak kepada Aura ‘Electrical White Light’ melainkan teknologi lebih pantas dari cahaya – Tenaga VNP AFTL.

Nursalama & Keberkesanannya

  • Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.
  • Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.
  • Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.
  • Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.
  • Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.
  • Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.

Cara Penggunaan Aura Nursalama


Cara 1 : Mandian Harian (Sebagai Bilasan Terakhir)

  1. Titiskan 7 titis Aura Nursalama ke dalam bekas air mandian berserta dengan kata-kata positif.
  2. Dengan mengikut tertib, jirus air perlahan-lahan dari bahagian atas kepala, kemudian dihalakan ke anggota badan sebelah kanan dan seterusnya ke anggota badan sebelah kiri.


Cara 2 : Mandian Ais (Berendam)

  1. Persediaan
      • 1 beg besar ais, 1 sudu kapur makan, 1 sudu belerang (jika ada masalah spiritual), garam (nisbah 1 kg garam: 10 kg berat badan), Aura Nursalama.
      • Masukkan garam dan belerang ke dalam tab mandi yang sudah berisi air dan titiskan sebanyak 7 titis Aura Nursalama berserta kata-kata positif.
  2. 10 Minit Pertama
      • Rendamkan diri dalam tab mandi, ratakan dan gosokkan garam ke seluruh badan.
      • Ambil 1 sudu kapur makan, ratakan dan gosokkan ia ke seluruh badan.
  3. 10 Minit Kedua
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan ais ke dalam tab mandi sedikit demi sedikit sehingga sesedap rasa pengguna sambil meratakan air ke seluruh badan.
  4. 10 Minit Ketiga
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan lagi ais sedikit demi sedikit sambil meratakan air ke seluruh badan.Bilas dengan air bersih setelah selesai.

Cara 3 : Titisan di Tapak Tangan

  1. Titiskan 1 titis Aura Nursalama di tapak tangan berserta dengan kata-kata positif.
  2. Ratakan ia dan tangkupkan tangan ke wajah. Kemudian, fokus pada niat yang dihajati, hirup dalam-dalam Aura Nursalama dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.
  3. Seterusnya, dengan mengikut tertib, sapukan ia bermula dari bahagian wajah, kepala atau ubun-ubun, pergelangan tangan dan seterusnya ke bahagian kaki.
  4. Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi atau selepas berwudhuk.

Cara 4 : Sapuan di Sekeliling Tempat Bermasalah

  1. Dengan menggunakan tiub penyedut Aura Nursalama, sapukan ia ke sekeliling tempat yang bermasalah dengan mengikut arah lawan jam.
  2. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan anggota yang bermasalah seperti kudis, ruam, kutil, ketumbuhan dan sebagainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment